Tuesday, March 2, 2010

Kebebasan Mutlak Media Baru akan Membawa Bencana kepada Keharmonian Sosial di Malaysia

Kini blog bukan digunakan untuk tujuan yang baik lagi, tapi kini menyasar untuk memfitnah, mengutuk, mengeji, mengata, mencarut dan segala ketidakpuasan hati yang lain diluahkan tanpa tapisan. Blog umpama dijadikan medan mencatatkan keburukan dan negativiti pihak lain tanpa elemen sensitiviti diambil pusing lagi.
Simptom sedunia kini seperti Facebook, Twitter dan Blogspot menjadi wadah media baru yang kadang-kala disalahguna untuk aktiviti melepaskan geram dan seumpama waktu dengannya. Sekali-sekala penggunanya gemar menciptakan hobi masa lapang seperti memfitnah dan segalanya mudah sahaja dilemparkan di wadah ciptaan Mark Zuckerberg, perintis Facebook yang kini bergelar jutawan kerana kebijaksanaan ideanya itu. Bukan perekanya yang harus dipersalahkan dalam hal ini, sebaliknya kitalah si pengguna, manusia yang mempunyai akal fikiran tetapi tidak digunakan sebaik-baiknya. Blogspot umpamanya dijadikan tempat untuk bergosip sesuatu yang entah betul atau tidak. Jadi di sinilah timbulnya bencana kepada keharmonian sosial, tidak salah untuk menggunakan media baru ini, tapi biarlah berpada-pada, biar kebebasan yang diguna jangan memakan hati dan perasaan masyarakat sekeliling.
Tambah membimbangkan kini, warkah elektronik menerusi jalur lebar yang mula beroperasi pada tahun 1993 ini digunakan tidak berlagu dan mengancam keharmonian sosial sedunia. Kemudahan media baru ini sesuka hati digunapakai untuk mencatat sesuatu yang mengundang kemarahan orang ramai. Mengungkap kejadian baru-baru ini di negara kita sendiri, si pengguna nama Aduka Teruna telah ditahan polis kerana menulis sesuatu yang tidak manis tentang Almarhum Sultan Johor yang baru mangkat tempoh hari di blognya. Keadaan ini melambangkan kebebasan mutlak media baru itu adalah subjektif dan sepatutnya pengguna harus bertindak bijak bagaimana mahu menari-narikan jari-jemarinya di atas papan kekunci itu, tentang bagaimana mahu menggunakan idea dari minda ke arah yang betul dan bagaimana mahu mengalihkan perasaan mahu mengeji orang lain dialihkan.
Malaysia mengamalkan sIstem demokrasi, bermaksud kebebasan tetapi ini bukan bermakna ianya boleh sesuka hati diluangkannya tatkala ber’blog” ini. Keharmonian sosial sesuatu yang diangkat tinggi di Malaysia, jika tidak mengapa kerajaan melaungkan gagasan 1 Malaysia? Mengimbau kembali pernah dulu wujud sentimen mengeji negara sendiri melalui lagu yang kita alunkan dengan megah berdiri tatkala. Lagu itu dinyanyikan dengan rentak lain diberi nama lain juga, Negarakuku, yang pelajar dari China itu meletakkanya dalam blognya.
Jadi ini sesuatu yang harus tidak dipandang enteng. Kerana mulut badan binasa, kerana tulisan. Kes seterusnya sangatlah popular, ini sangat diperkatakan kerana melibatkan tunjang kerajaan. Blog rekaan Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali dengan singkatan RPK telah menjadi hentaman akibatnya kemudian hari, Raja Petra kemudiannya memperhambakan nasib diri akibat kelantangannya bersuara di tahanan ISA. Raja Petra menyalahgunakan haknya sebagai penulis blog dengan menfitnah isteri Najib.
Ini baru melibatkan perkara berkaitan sebegini, bagaimana pula sekiranya penulisan yang dikaitkan dengan hubungan antara kaum diperjudikan di medan ini? Mampukah kita bertarung kembali dengan peristiwa berdarah 13 Mei?
Kewujudan media baru menyebabkan seantero masyrakat sedunia telah berubah. Media ini kini pula yang menjadi keutamaan lebih daripada segala-galanya.
Tidak salah mahu melemparkan pandangan dan pendapAt, tapi biarlah berpada-pada ibarat kata pepatah ada menyebut, sedangkan lidah lagi tergigit” inikan pula yang melibatkan tulisan mengata itu dan ini. Kebebasan itu sesuatu yang indah tapi tidak terlalu indah jika ianya menggugat kesejahteraan orang sekeliling.

0 comments: